Thursday, October 27, 2011


Wanita: Ber`couple` Atau Jual Mahal?

Masa kecil saya memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber`dating` sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?
Bukan begitu.
Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.
Cinta Monyet
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar. Ada sahaja rakan-rakan yang ber`cinta` seawal darjah lima.
Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini. Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat. Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja. Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam. Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman. Aduh! Saya menjadi semakin bingung. Benarkah ini semua?
Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti. Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa. Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya  cari jawapannya.
Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini. Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal. Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.
Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf  iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan. Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet? Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang. Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri? Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri. Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya. Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita. Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling). Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan. Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini) . Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber`boyfriend`, maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal. Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber`boyfriend` itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih? Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan? Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama. Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
“Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya”.
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya. Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini. Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini. Tahniah dan selamat menempuh alam baru!
  1. intan nadia Said,
    haha,mek jaf
    mungkin awk perlu huraikan lebih lanjut tentang definisi jual mahal dengan lebih lanjut..hehe!sekadar lontaran idea
    apa2pun,mungkin persoalan jual mahal kerana tidak berkapel sudah sebati dalam masyarakat kita,dan perkara ini mungkin sukar untuk diubah.
    Namun,apa yang penting adalah prinsip yang kita pegang.Jodoh didunia hanyalah satu pertemuan yang singkat,jodoh yang sebenar adalah di syurga kelak.Let’s strive for that one,inshaAllah
  2. far est Said,
    membaca tlsn enti teringat ana kembali pd zmn sek…memeng ramai pljr2 terutama pljr sek men. bercouple…. thn ni abg ni, thn dpn abg tu….seperti menukar pakaian lagaknye….( meminjam kata2 enti)…an dl pun prnh terjebak, tp ALHAMDULILLAH….ana sempat tersdr….kini , cinta tuhan yg ana cr..
  3. suhairi Said,
    Assalamualaikum….pertama sekali syukur kepada Allah atas kurniaanNya.hmm berkaitan hal ini memang cinta adalah fitrah dalam hidup manusia.cinta itu suci kerana ia sebahagian dari kesempurnaan dalam agama,namun adakah kita mahu menyalahkan cinta?mari bertanya pada diri,adakah kita sadang bercinta?kita akan menperolehi pelbagai jawapan dan tidak kurang juga alasan mengapa pasangan ini bercinta,namun antara alasan yang paling popular adalah kami bercinta kerana Allah.kami saling menasihatii antara satu sama lain.hmm memang setiap orang punya alasan yang tersendiri beserta hujah yang tertentu.
    kita kaji smula,dari mana cinta hadir?dimanakah bermulanya cinta ini,saya tidak dapat mengeluarkan fakta tentang apa yang saya cakap namun harap enti faham. sudah tentulah jawapannya dari Allah.jadi adakah kita sudah pun bercinta dengan Allah atau setidak-tidaknya kearah itu?silakan menjawab.ingat,dalam Al-Quran ada mengatakan Perempuan yangbaik untuk lelaki yang baik dan juga sebaliknya.jadi tak perlu runsing2.jadilah baik untuk mendapat pasangan yang baik…..insyaAllah……sekiranya ingin memberikan comment boleh antar kat suhairi ismail.saya pun jahil jugak tentang ini jadi mari semua gunakan kemudahan ini untuk menebalkkan iman kita yang senipis kulit bawang ini……………
  4. cr7 Said,
    salam
    rase cinta itu fitrah manusia…..islam itu agame fitrah…..jike agame fitrah itu tidak menganjurkn couple or dating before nikah….mungkinkah kite tlh menentang fitrah if kite ber’couple’ & ber’dating’sblm ijab kabul……mcm mane?…..bg sy of course bende2 ni x lain & x bukan hanyalah panurutan hawa nafsu & hasutan syaitan….so…back to the Qoran & Sunnah….you will find the truth.wasalam

No comments:

Post a Comment