Thursday, October 27, 2011


Kisah cinta dua insan

Kisah ini adalah antara Henry dan Iriana ( bukan nama sebenar ).Kisahnya bermula apabila Henry memasuki sebuah kolej.Masa mula-mula Henry masuk ke kolej ni,tiada seorang pun yang mengenalinya dan seperti pelajar yang lain,Henry bukanlah dari keluarga yang kaya.Iriana pula ialah seorang pelajar yang menjadi tumpuan ramai  pada ketika itu.Walaupun Iriana seorang pelajar yang famous ketika itu,dia ialah seorang yang baik hati dan sopan santun.

Pada suatu hari,Henry dan Iriana telah mengikuti satu perkhemahan yang dianjurkan oleh kolej.Perkhemahan ini telah dijalankan di sebuah hutan simpan.Dalam program ini,mereka telah berada dalam satu kumpulan dan tidak mengenali satu sama lain.So kisahnya bermula apabila Henry dan Iriana diberikan tugasan untuk mencari kayu api.Tetapi hubungan cinta mereka bukanlah bermula disini.Perhubungan mereka amatlah rengang pada mulanya kerana Henry bukanlah seorang yang peramah orangnya.Biasalah bagi orang yang tidak banyak bergaul ni tidak pandai nak bermesra dengan orang lain.Lain pula bagi Iriana ni,dia seorang yang peramah orangnya.Akan tetapi,bila bersama dengan Henry perwatakannya berubah menjadi orang lain.Entah apa sebabnya perhubungan mereka menjadi begitu.

Akhirnya wujud la satu peluang untuk mereka ni merapatkan hubungan mereka.Ditakdirkan mereka ni tersesat ketika mereka keluar mencari kayu api.Ini tidak akan berlaku sekiranya Henry tidak membuat Iriana marah.Ketika berjalan-jalan mencari jalan keluar dari hutan tebal tu,Iriana tiba-tiba terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki.Walaupun hubungan kedua-duanya agak kurang baik,Henry tetap membawa Iriana yang cedera ni.Iriana yang telah cedera merasa terharu akan tindakan Henry  lalu jatuh cinta dengannya.Dalam diam-diam Henry juga menaruh perasaan kepada Iriana.Lelaki biasalah walaupun keras seperti batu kadang2,pasti akan menjadi lembut juga akhirnya.Disinilah bermulanya cinta antara mereka.

Kisah mereka kat hutan blum habis lagi ni.Setelah 1 hari setengah mereka berada didalam hutan,akhirnya mereka pun diselamatkan oleh renjer hutan yang turut mencari mereka.Mereka telah dibawa ke hospital dan pulih setelah beberapa hari.Setelah sembuh mereka pun mula meluahkan perasaan masing-masing dan akhirnya mereka bercinta...The End...

Kisah ni direka oleh saya sendiri,sebarang komen dan tunjuk ajar daripada pembaca adalah amat dialu-alukan.Penting ni untuk kisah seterusnya.sekian....

No comments:

Post a Comment