Thursday, October 27, 2011


~Apa Itu Cinta~

       Assalamualaikum....
             
            Pada kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang menarik yang mana semua orang menyukainya. iaitu cinta. Apa itu cinta? Adakah ianya tanda kasih kepada seseorang?Cinta itu merupakan kuasa luar biasa.  Seperti yang kita maklum cinta itu kasih sayang. Benarkah begitu? Kalau saudara saudari ingin tahu cinta itu ialah tanggungjawab. Ramai orang yang tidak mengetahui apa itu cinta. Ramai yang menyangka cinta itu memberi segala kepada pasangan mereka.

           Pernahkah teman lelaki atau perempuan anda berkata" I love you" atau "saya cintakan awak"??? Apakah yang dia selalu lakukan kepada anda?? Adakah dia membimbing anda atau merosakkan anda?? Ramai anak muda zaman sekarang tidak tahu apakah cinta sebenarnya, mereka menganggap cinta itu hanya satu perkara yang boleh main-main dengan bertukar-tukar pasangan dan hanya memuaskan nafsu mereka sahaja. Sedarlah bahawa cinta itu ialah tanggungjawab sebenarnya. Jikalau dia mengungkap perkataan cinta kepada anda seperti " saya cintakan awak" sebenarnya dia bermaksud saya akan bertanggungjawab  ke atas diri awak. Lain kata saya akan membimbing, mendidik, menlindungi dan memelihar diri anda. Jadi, cinta itu wujud hanya selepas ikatan perkahwinan sahaja. Jadi tiada istilah couple sebelum kahwin, hanya wujud selepas kahwin sahaja. Couple sebenarnya adalah satu budaya dosa yang dijajah dalam minda orang muda zaman sekarang. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud,: "janganlah kamu menghampiri zina" 

               Ustaz pahrol pernah berkata "love is a verb not word". Jadi cinta itu merupakan satu tugas yang harus dipikul oleh seorang suami isteri sahaja bukannya pasangan kekasih yang masih belum berkahwin. Semakin banyak kemanisan yang anda teguk sebelum perkahwinan atau ketika bercinta semakin hambar atau tawar perkahwinan anda. Kita tengok ramai yang telah bercerai ketika usia perkahwinan masih muda padahal ketika bercinta bukan main hebat lansung tidak setanding orang yang berumahtangga. Ini kerana ketika bercinta pasangan kita masih lagi tidak menunjukkan perangai sebenar mereka walaupun mereka berkata perkara yang benar. Perangai sebenar pasangan kita akan timbul ketika usia perkahwinan meningkat. Menurut kajian, 90 peratus pasangan yang bercinta tidak berkahwin dengan pasangan kekasih mereka.Mereka berkahwin dengan selain pasangan kekasih mereka.

             Walaubagaimanapun, cinta dalam islam perlulah melalui pelbagai keutamaannya yang tersendiri seperti:
1. Cinta kepada ALLAH
            Islam meletakkan cinta tertinggi dalam kehidupan manusia ialah cinta kepada Pencipta kita. tanpa cinta ALLAH, perlakuan hamba tidak diberi pulanganyang berrerti. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada ALLAH. Dengan firmanNYA:
  " (walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-kutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentattinya) sebagimana mereka mencintai ALLAH, sedang orang-orang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah..." (surah al-Baqarah-165)

 2. Cinta kepada Rasul dan Para Anbia'
              Menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dia beriman kepada Allah memberikan cintanya  kepada Rasulullah dan para anbia' dengan mengikut sunnah nabi dan sifat -sifat terpuji. Para anbia' menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah dalam usaha Baginda menyebarkan agama islam. Seperti kisah penhijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, Ali Abi Talib telah mengantikan dirinya dengan Rasulullah ditempat tidur untuk mengelirukan pihak musuh pada ketika itu. Ini telah menujukkan kecintaan beliau kepada Rasulullah.

3. Cinta kepada Mukmin
         Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama dalam menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencitai ibubapa dan keluarga. selain kelurga, islam meletakkan cinta kepda sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah jemaah yang layak bersama Rasulullah.
Allah berfirman:
  "...Nabi Muhammad saw ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang ( memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri( umat Islam)..." ( surah Al-fath-29)
          inilah yang diajar oleh islam. Maka masyarakat islam boleh melihat betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat dalam islam dan begitulah jualah agungnya penjagaan islam terhadap umatnya.

        Kesimpulannya, cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu atau cinta nafsu semata-mata walaupun dihiasi dengan rayuan manja tetapi membawa kepada kebinasaan diri sendiri dan orang lain. Jadi, kita perlu meletakkan cinta itu kepada ALLAh yang paling utama dan Dia pasti mengecewakan hamba-Nya dan bukan seperti cinta manusia yang banyak mengecewakan. Ayuh lah kita mendekati-Nya.......

                                                                                                                                  Wasalam......




No comments:

Post a Comment